Fidyah Puasa Qadha al-Waliy al-Hafiiz al-Waliy al-Hafiiz

as-Sirah an-Nabawiyah

Sunday, March 11, 2018

Fidyah Puasa Qadha

Mengantikan puasa ramadhan yang lalu sebelum masuk bulan ramadhan akan datang adalah wajib.Puasa yang ditinggalkan atas kerana uzur syarie atau sebab-sebab lain atau secara sengaja hendaklah di Qadha sebelum bulan ramadhan berikutnya.Qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Syaaban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya" Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya".

Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasa.

Mengantikan Puasa Yang Telah Lama 

Fidyah Puasa Qadha
Para ulama sepakat bahawa masa yang telah ditetapkan untuk mengqadha’ puasa yang terlewat adalah setelah habisnya bulan Ramadhan sampai bertemu lagi di Ramadhan tahun depan (iaitu waktu atau tempoh Qadha atau mengantikan puasa yang tertinggal).


Dasarnya adalah firman Allah SWT :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”

(al-Baqarah: 184)

Waktu Haram Berpuasa




Kalimat “pada hari-hari yang lain” menunjukkan bahawa qadha puasa itu harinya bebas, selama tidak di hari terlarang, seperti: Idul Fitri, Idul Adha, dan hari tasyrik.Hari-hari perayaan umat islam termasuk hari yang diharamkan berpuasa bagi meraikan hari kemenangan dan peristiwa tertentu.Termasuk hari diharamkan berpuasa adalah hari syak iaitu hari ragu tentang telah masuknya bulan ramadhan iaitu pada 30 syaaban.Seandainya Ia berpuasa pada hari syak sedangkan telah masuknya bulan ramadhan,maka tidak dapat menyatu puasa Qadha dengan puasa dibulan ramadhan pada satu tempat.Bagi wanita yang mengalami haid dan nifas,ia termasuk waktu yang diharamkan berpuasa sehingga ia suci.

Yang Lebih Dapat Menutup Yang Kurang


Seseorang itu apabila berniat untuk mengantikan puasa ramadhanya,amatlah digalakan menambahi jumlah hari bagi ganti sebagai menampung sekiranya orang itu lupa atau tidak pasti berapakah bilang hari yang ia tinggalkan.Misalnya ia ragu jumlah hari yang tinggal 7 hari atau 8 hari,maka pilihlah 8 hari agar jika ia mengambil 8 hari atau lebih,ia dapat menutup yang kurang walaupun hari sebenar yang tinggal itu 7 hari sahaja.Jika ia mengambil 7 hari,sedang ia ragu 8 hari,maka baki yang tinggal itu akan tidak dapat ditampung yang 7 hari.Ini kerana itu adalah sebahagian jalan keluar bagi keraguan dan was-was disamping menyempurnakan jumlah hari puasa wajib.


Fidyah Puasa



Didalam soal fidyah tentang puasa,dapat dibahagiankan kepada beberapa golongan seperti fidyah bagi ibu yang mengandung atau yang menyusu,orang yang tinggal puasa bertahun lamanya.Apakah mereka dikenakan fidyah?


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.


Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab dikenakan fidyah



  • Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.


  • Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

  • Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

  • Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.


  • Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran fidyah


(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah

Kadar bayaran fidyah


Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Atau sekiranya masih memelukan bimbang akan kemuskilan mengenai cara mengantikan puasa,fidyah dan lain-lain perkara tentang puasa,bolehlah merujuk para ahlinya agar hilang rasa ragu disamping menenangkan hati ketika melaksanakan ibadah fardhu ini.Allahualam.

Rujukan;
PusatZakatSelangor (Jais)
PusatZakatWilayahPersekutuan (Maiwp)

1 comment:

Makluman Kepada Pembaca,jika terdapat kesilapan/kesalahan didalam ayat/laman ini sila maklumkan kepada kami/tinggalkan komen untuk kami betulkan dengan segera.Terima Kasih.